Bertenang dan jangan cemas
Anda perlu bertenang dan jangan cemas. Tiada faedah yang akan diperolehi sekiranya anda cemas keterlaluan. Belajar disaat akhir juga memerlukan strategi yang betul. Ini kerana masa yang anda adalah terhad. Selepas bertenang buat penilaian apa tindakan yang akan diambil seterusnya. Rancang tindakan yang akan anda diambil dan disiplinkan diri untuk mengikut perancangan yang dibuat. Yakin bahawa diri anda mampu untuk menghabiskan segala bahan pelajaran yang ingin diulang kaji.
Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran
Letakkan seluruh tumpuan fikiran anda kepada proses pembelajaran yang anda lakukan. Jangan terlalu memikirkan bahawa anda kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal seperti biasa dan jangan melengah-lengahkan masa belajar.
Yakin terhadap kebolehan diri
Selalu tanamkan dalam diri anda bahawa “saya boleh” dan tulis besar-besar dan terang dan letakkan di hadapan anda (di tempat anda belajar). Tiap-tiap kali anda melihat kad itu anda yakin bahawa anda boleh berjaya. Sekiranya anda dapat menanamkan dalam diri anda bahawa anda bekeyakinan penuh boleh melakukan, maka secara sepontan anda berusaha bersungguh-sungguh dan mental anda dapat berfikir ke arah kejayaan dan apa-apa yang anda cita-citakan selama ini akan membuahkan kejayaan yang membanggakan.
hat ni paling penting klau xckup yang ni confirm korg akan mlas. study 2@3 minit tengok-tengok dah terlelap . hahaha
Masa rehat perlu secukupnya
Semasa belajar anda berasa cepat letih, sama ada dari segi fizikal atau mental. Ambil masa untuk otak anda berehat sepenuhnya. Anda juga digalakkan bangun dan cuba berjalan-jalan sebentar dan setelah merasakan kelegaan barulah anda menyambung semula pembelajaran anda.
sape xsuka tidurkan .. even sis sendiri pom gemor beno tidur. hihihi

sy nk ambik bleh x?
ReplyDelete